Search This Blog

Keluarga Mara & Sahabat Handai

KAUM KELUARGA ITU ADALAH IBARAT INTAN YANG SANGAT BERHARGA LEBIH BERNILAI DARIPADA HARTA KARUN. BEGITU JUGA SAHABAT HANDAI ADALAH IBARAT CAHAYA YANG BOLEH MENERANGI KEGELAPAN BILA DIPERLUKAN
Titah Baginda Sultan:
' Orang yang berilmu lagi beriman mendapat pujian daripada Allah dan mereka boleh mengalahkan ahli ibadat kerana ahli ibadat beribadat untuk diri mereka sendiri, sedang ahli ilmu menyumbangkan ilmu mereka untuk kesejahteraan bersama'
(Petikan dari Media Permata muka surat satu bertarikh Rabu, 24 Oktober, 2007)
**********************************
PRAKATA

Silakan cikgu mengisikan ruang ini dengan misi dan visi Mukim dan Kampung. Kita boleh melaksnakan beberapa kegiatan untuk memenuhi misi dan visi tersebut. Pada lazimnya, cita-cita orang mukim dan kampong ialah untuk membentuk alam sekitar yang bersih supaya hidup kita sentiasa sihat wal-afiat, bukan sahaja sihat dari segi fizikal malah di segi spiritual dan mental.

Realitinya Dalam Kehidupan:

Orang-orang kampong biasanya menghadapi kesulitan hidup. Kebanyakan mereka itu hidup dalam kesusahan. Berbagai macam kegiatan ekonomi dilakukan untuk menampung kehidupan yang susah. Ada yang melakasanakan beberapa macam kerja semata-mata untuk menambah rezeki yang halal. Ada yang tidak berihat dari pagi hingga ke petang bekerja terus mencari nafkah untuk memelihara diri sendiri dan ahli-ahli keluarga. Kalau tenaga mencari duit, memang susah. Tapi kalau duit mencari duit, Al-hamdullilah. Kumpulan yang mempunyai duit atau 'loaded' memang sedikit di negara ini. Duit boleh dilaburkan untuk mendapat mudarabah atau interest yang lumayan di bank-bank yang terkemuka atau membeli saham di dalam dan di luar negeri. Bagi orang yang tidak bernasib baik susah hendak membeli saham atau menubuhkan koperasi. Ada yang terpaksa menjadi penjaja atau berjual dan berniaga sedikit-sedikit di tamu-tamu di seluruh negara ini.

Maka timbullah satu durongan iaitu penghasilan satu produk bagi setiap kampung untuk dijadikan bahan perniagaan. Malah ada yang mampu menghasilkan lebih daripada satu produk. Misalnya, anak buah kampung Delima Satu boleh mencipta bunga perhiasan daripada bahan semulajadi atau mengukir telur untuk dijadikan perhiasan. Walau bagaimanapun, memandangkan nasib yang sudah ditakdirkan ini sebagitu rupa, timbullah satu semangat dari kalangan rakyat Brunei Darussalam untuk menyatukan tenaga dan segala sumbar pendapatan yang terdaya untuk sama-sama menubuhkan koperasi nasionel bagi faedah dan kepentingan semua lapisan rakyat jelata. Bak kata pepatah: Bersatu kita teguh dan bercerai kita ruboh. Kalau kita tidak mampu menjalankan satu perniagaan sendiri. Ada baiknya kita laksanakan perniagaan itu secara berkongsi dengan cara menubuhkan satu KOPERASI NASIONAL untuk kepentingan bersama. Dengan niat yang suci ini, maka tertubuhlah sudah dan telah didaftarkan satu koperasi yang bergelar KOKAMI.

PENERANGAN RENGKAS MENGENAI DENGAN KOPERASI KAMPUNG DAN MUKIM, RENGKASNYA KOKAMI.

KOPERASI KAMPONG DAN MUKIM ATAU ACRONYMNYA KOKAMI ADALAH KOPERASI YANG DIBENTUK OLEH ORANG-ORANG MUKIM DAN KAMPONG BAGI MENINGKATKAN STATUS EKONOMI MEREKA DAN SEKALI GUS UNTUK MENIKMATI TARAF KEHIDUPAN YANG LEBIH CEMERLANG.INILAH INITIASIF YANG UNGGUL YANG PERTAMA SEKALI PERNAH DIBUAT OLEH PENDUDUK-PENDUDUK MUKIM DAN KAMPONG SELARAS DENGAN ASPARASI DAN ARAH TUJU YANG DISARANKAN DALAM SEMINAR PERKUMPULAN PENDUDUK-PENDUDUK MUKIM DAN KAMPONG YANG TELAH DIADAKAN PADA 07 HINGGA 09 OGOS, 2007 DI PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Beberapa kegiatan perniagaan telah dirancang dalam jangka pendek dan panjang.

A. RANCANGAN PERLAKSANAAN SERTAMERTA:-

KOKAMI 1. Urusniaga Kad-Kad Prepaid (Kad Easi, Kad B-Mobile dll.
KOKAMI 2. K-Mart, Perniagaan Supermarket dan Departmental Store.
KOKAMI 3. K-Jimat-Jimat, Skim Penyimpanan dan Pinjaaman Islam (P & P)
KOKAMI 4. K-Com, Perniagaan Komputer dan Telefon Bimbit.
KOKAMI 5. K-Insurance bagi Kenderaan dan Perumahan
KOKAMI 6. K-Restoran bagi Makanan dan Minuman
KOKAMI 7. Cyber Cafe

B. RANCANGAN MENUNGGU KEPUTUSAN KERAJAAN;-

Kompleks Perniagaan dan stesyen Minyak Jangsak, Daerah Beliat, Tutong, Mukim Berakas 'A', Mukim Berakas 'B'

C. RANCANGAN PENEROKAAN:-

KOKAMI 1. Urusniaga Perkhidmatan Pengangkutan Minyak dan Gas (Brunei shell)
KOKAMI 2. Urusniaga Permajuan Hartanah
KOKAMI 3. Koperasi Bank Islam.

Sila layari laman web: kokamiact.blogspot.com (TAMBAHAN PERATURAN)

Laman web bertindak sebagai mekanisma perhubungan di antara pelenggan atau ahli dengan Jawatankuasa Penaja Koperasi Negara Brunei Darussalam.

Sebagaimana yang abiskita maklum bersama bahawa mekanisma perhubungan ini adalah yang paling mudah digunakan atau dilayari oleh sesiapa sahaja bila-bila masa dan dimana saja mereka berada asalkan terdapat komputer dan IT konektiviti. Abis kita akan sentiasa boleh mengikuti perkembangan koperasi ini walaupun berada di negara yang sejauh-jauhnya, misalan di Amerika Syarikat atau Jepun atau di Kutub Utara sekali pun.

Cyber Cafe atau restoran yang tertentu menyediakan wifi atau konektiviti bagi membolehkan pelenggan-pelenggannya melayari internet dengan percuma atau dengan pembayaran minima sebanyak 0.80 sen sejam seperti yang terdapat di Kompleks Membeli Belah, Batu Bersurat di Gadong, Bandar Seri Begawan.

Barisan Jawatankuasa Penaja Koperasi Brunei Darussalam, 29 Ogos, 2007

Pg Hj Mohd Salleh Bin Pg Hj Kamaluddin
Pengerusi Bersama

Cikgu Hj A. Ahmad Bin Husain
Penghulu Mukim Berakas ’A’
Timbalan Pengerusi
Tel: 8752360 / 2332847

Awang Jaffary Bin Hj Mohd Timbul
Setiausaha
Tel: 8136948

Hj Suhaini Bin Hj Md Hassan
Bendahari
Blog Publisher, Penggerak informasi dan desseminasi bagi laman web koperasi
Tel: 8766469 / 2330783
Email privat: suhaini_hassan@hotmail.com


Bagi keterangan lanjut sila hubungi penaja-penaja berikut:-

Pg Hj Mohd Salleh Bin Pg Hj Kamaluddin: Tel. No. 8989393
Email: pghjkamaluddin@kokami.com

Awg Jaffary Bin Hj Abdul Timbul: Tel. No. 8939152
Email: jaffary.hat@kokami.com

Pg Hj Mohd Isma Hisham Bin Pg Hj Othman: Tel. No. 8914050
Email: isma.hisham@kokami.com

Hj Suhaini Bin Hj Md Hassan: Tel. No. 8766469 or 2330783
Email: suhaini_hassan@hotmail.com

KEAHLIAN

Sejauh ini dianggarkan seramai lebih kurang 7,000 orang-orang Mukim dan Kampong telah mendaftar menjadi Ahli.


Statement on the Co-operative Identity

Definition

A co-operative is an autonomous association of persons united voluntarily to meet their common economic, social, and cultural needs and aspirations through a jointly-owned and democratically-controlled enterprise.

Values

Co-operatives are based on the values of self-help, self-responsibility, democracy, equality, equity and solidarity. In the tradition of their founders, co-operative members believe in the ethical values of honesty, openness, social responsibility and caring for others.

Principles

The co-operative principles are guidelines by which co-operatives put their values into practice.

1st Principle: Voluntary and Open Membership

Co-operatives are voluntary organisations, open to all persons able to use their services and willing to accept the responsibilities of membership, without gender, social, racial, political or religious discrimination.

2nd Principle: Democratic Member Control

Co-operatives are democratic organisations controlled by their members, who actively participate in setting their policies and making decisions. Men and women serving as elected representatives are accountable to the membership. In primary co-operatives members have equal voting rights (one member, one vote) and co-operatives at other levels are also organised in a democratic manner.

3rd Principle: Member Economic Participation

Members contribute equitably to, and democratically control, the capital of their co-operative. At least part of that capital is usually the common property of the co-operative. Members usually receive limited compensation, if any, on capital subscribed as a condition of membership. Members allocate surpluses for any or all of the following purposes: developing their co-operative, possibly by setting up reserves, part of which at least would be indivisible; benefiting members in proportion to their transactions with the co-operative; and supporting other activities approved by the membership.

4th Principle: Autonomy and Independence
Co-operatives are autonomous, self-help organisations controlled by their members. If they enter to agreements with other organisations, including governments, or raise capital from external sources, they do so on terms that ensure democratic control by their members and maintain their co-operative autonomy.


5th Principle: Education, Training and Information

Co-operatives provide education and training for their members, elected representatives, managers, and employees so they can contribute effectively to the development of their co-operatives. They inform the general public - particularly young people and opinion leaders - about the nature and benefits of co-operation.

6th Principle: Co-operation among Co-operatives

Co-operatives serve their members most effectively and strengthen the co-operative movement by working together through local, national, regional and international structures.

7th Principle: Concern for Community

Co-operatives work for the sustainable development of their communities through policies approved by their members.
T H E E N D

BANK AKAUN KOKAMI

BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALAM
NAMA AKAUN: KOPERASI KAMPONG DAN MUKIM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (KOKAMI) BERHAD KO/MPM/MPK7SUA.
Nombor Akaun:
CA CI
0 0 – 0 0 1 – 0 1 – 5 5 5 0 0 0 5

Note: Setiap ahli di keempat daerah Brunei Darussalam boleh menyimpan wang pendaftaran dan saham dalam bank KOKAMI dan membawa salinan bank slipnya kepada pihak KOKAMI untuk mendapat resit asal. Terima kasih.


ECONOMIC QUOTATION from ROBERT T. KIYOSAKI

Financial Statement:

People leave school not even knowing how to balance a checkbook much less how to prepare a financial statement. They never learned how to control their finances. And the only way you can tell if people are in control of themselves is by looking at their financial statements. Just because people have high-paying jobs, big houses, and nice cars does not necessarily mean they are in control financially. If people knew how a financial statement worked, they would be more financially literate and more in control of their money. By understanding financial statements, people can better see how their cash is flowing.

APAKAH YANG MENDURONG CITA-CITA KATANI UNTUK MENUBUHKAN KOPERASI KAMPUNG DAN MUKIM ANI?

Setiap manusia itu penuh dengan cita-cita dalam hidup ini. Ada cita-cita yang boleh menjadi kenyataan. Ada yang menghadapi rintangan dan cabaran. Semua manusia di muka bumi ini mengidam-idamkan kehidupan yang mewah dan senang. Tetapi segelintir manusia sahaja yang boleh mencapai idaman tersebut. Kebanyakan manusia atau orang kampung dan mukim di negara ini tidak dapat mengecap kehidupan yang senang. Mereka dalam ketegori ini terpaksa bekerja keras membanting tulang untuk mendapatkan sesuap pagi dan sesuap petang. Orang yang bernasib baik memang senang hidup mereka. Yah! senang sementara. Kita bekerja mempunyai gaji besar, kerita bagus, makanan harian terjamin, rumah ada dan keperluan asas boleh diadakan. Al-Hamdullilah, kesihatan dan pelajaran masih lagi diberi percuma walaupun buku-buku teks dan makanan sendiri menangung. Kalau badan sihat, rezeki mudah dicari asal saja tidak memilih pekerjaan. Tetapi, kalau sudah usia lanjut di peringkat 55 tahun, kebanyakannya pekerja-pekerja Brunei terpaksa bersara. Kalaupun bekerja balik, mereka itu adalah orang-orang yang terpilih sahaja. Janganlah merintih kerana nasib tidak menyebelahi abis kita walaupun mempunyai pelajaran yang tinggi. Hidup akan bertambah susah kalau inda berpensen bulanan. Wang TAP boleh digunakan dalam jangka masa yang pendek dan akan habis sebelum maut tiba. Anak-anak masih lagi ditanggung. Malah mereka yang berumah tanggapun masih lagi dipelihara; diberi makan, minum dan pakaian. Wang apa yang dipakai untuk menjamin kehidupan mereka. Orang menganggur banyak berkeliaran di sana sini. Sehingga bulan Mei tahun 2007M, seramai 5,184 orang tempatan telah mendaftar di Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan. Kalau anak cucu yang menggangur tidak dipelihara, hidup mereka akan melarat. Mereka mesti mencari makan untuk meneruskan kehidupan. Kalau tidak ada tempat bergantung, mereka akan terjerumus ke lembah kehinaan. Mereka tidak kisah perkara itu, asal saja dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Sebab itulah sekarang ini, mereka yang terlampau susah ini tidak lagi takutkan mati atau meninggal dunia. Jalan itulah mereka pilih kerana jalan lain sudah ditutup.

Allah Subahanahuwata’ala akan mengubah nasib orang itu kalau ia mahu berusaha. Seseorang mestilah tampil kehadapan mesyarakat untuk membela nasib-nasib yang susah ini supaya mereka akan terkeluar daripada belenggu kemiskinan. Dalam hidup ini katani mestilah membuat sumbangan bermakna kepada nosa dan bangsa. Semua manusia telah memberi sumbangan yang bermakna dan berfaedah. Walau seorang pembersih bandar pun dianggap sebagai penyumbang nasional kerana tanpa pembersih bandar dan alam sekitar akan menjadi kotor dan menjijikan. Apatah lagi bercakap mengenai dengan perkhidmatan pendidik, doktor, jururawat, petani, nalayan, jurutera atau kerja-kerja profesionel yang lain. Semua mereka ini penyumbang kepada kesejehteraan dan pembangunan nosa dan bangsa.

Kerana inilah kita membentuk satu pasukan atau team bagi menyahut seruan yang disuarakan dalam Seminar Perkumpulan Kampung dan Mukim yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 07 hingga 09 Ogos, 2007 untuk menubuhkan satu koperasi kampung dan mukim. Oleh sebab kesusahan kewangan, orang-orang kampung dan mukim tidak mampu menjalankan bisnes sendiri, kecuali barangkali menaja di tamu-tamu seluruh negara menjual pisang keling, ubi, nanes, tampoi, mambangan, kembayau, lamiding, pakis dan apa sahaja hasil tempatan yang boleh menjadi bahan perniagaan secara kecil-kecilan. Tetapi untuk menubuhkan satu koperasi perniagaan ala Hua Hu, Supa Save, Sin Kiew, Hyper Mart, Teguh Raya dan sebagainya , orang-orang kampung dan mukim terpaksalah berurung-urung dan bersama-sama berganding bahu untuk menyatupadukan segala tenaga, masa dan kewangan supaya dapat menwujudkan satu koperasi nasional yang akan sedikit sebanyak menjamin kehidupan mereka, anak-anak dan cucu-cucu mereka dari zaman ke zaman. Mereka memerlukan kepimpinan yang benar-benar memperjuangkan nasib mereka. Siapakah yang akan memimpin mereka ini? Tidak lain tidak bukan ialah pemimpin-pemimpin yang menerajui koperasi yang telah didaftarkan itu yang bergelar KOKAMI Berhad, Negara Brunei Darussalam. Mudah-mudahan dengan izin Allah Subahanahuwata’ala dan berkat sukongan seluruh rakyat negara ini dan direstui oleh pihak kerajaan, koperasi ini akan bergerak maju kehadapan untuk menyampurnakan misi dan visinya demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Amin Yarrabulalamin !!!

APA YANG AHLI-AHLI LAKUKAN UNTUK MEMAJUKAN KOPERASI KOKAMI?

KOKAMI Berhad adalah kepunyaan rakyat jelata sebagai ahlinya. Mereka akan membeli segala keperluan asas mereka di kedai-kedai atau supermarket KOKAMI. Hidup KOKAMI maka hiduplah ahli-ahlinya.

Sebagai Koperasi Demokratik, semua pekerja-pekerja KOKAMI Berhad adalah terdiri daripada ahli-ahli itu sendiri, kecuali kerja-kerja profesionel yang belum dapat dilaksanakan oleh mereka sendiri. Tugas-tugas profesionel akan dilaksanakan oleh profesionel luar negeri yang bekerja secara berkontrak. InsyAllah, jawatan profesionel ini akan diambilalih oleh orang-orang tempatan nanti.
(Berikut ialah IKRAR KOKAMI yang dibaca dan dihayati oleh Pemimpin-Pemimpin dan Ahli-Ahli KOKAMI Berhad, Negara Brunei Darussalam setiap hari dan setiap kali mengadakan mesyuarat KOKAMI. )

IKRAR KOKAMI

BISMILLAHIR RAHMAN NIRAHIM


Kami, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli KOKAMI dengan ini berikrar bahawa kami akan bekerja dengan ikhlas dan tekunnya untuk menggerakkan dan menghidupkan semua perniagaan KOKAMI sehingga beroleh kejayaan dan keuntungan.

Kami bersedia bekerja kerana ALLAH jua untuk memajukan dan menguruskan semua kegiatan perniagaan KOKAMI dan memastikan perjalanan pentadbiran dan kewangan KOKAMI supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan teratur dan dijauhkan daripada sebarang penyelewingan.

Kami juga memastikan bahawa semua lapisan rakyat jelata dan penduduk tetap di Negara ini akan sentiasa memberikan sokongan yang padu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada KOKAMI dengan membeli segala keperluan hidup serta sebarang perkhidmatan daripada KOKAMI supaya KOKAMI akan sentiasa beroleh keuntungan dunia dan akhirean untuk maju kearah VISI 2010.

Kami bersedia menunaikan amanah rakyat supaya membahagi semua keuntungan dari hasil perniagaan KOKAMI kepada ahli-ahlinya mengikut sumbangan masing-masing.

Kami berjanji akan menjaga KOKAMI seperti juga kami menjaga nyawa kami sendiri dan bersedia memperjuangkannya sehingga mencapai ke mercu kejayaan. Moga-moga termakbullah harapan dan doa kami ini. Amin Yarrabulalamin.


HIDUP KOKAMI !!!

HIDUP KOKAMI !!!

KOKAMI !!!..... KOKAMI !!!..... KOKAMI !!!

TAMAT